Monday, May 28, 2007

Progres Pertumbuhan Miselium Cendawan Tiram Kelabu

Ada cerita baru tentang perkembangan beg cendawan yang disuntik pada 7 Mei 07 lepas..ada yang baik dan ada juga tak baik..mulakan yang tak baik dulu; nampaknya ada beg cendawan yang disuntik mengalami perkembangan miselium yang terganggu. Kelihatan beberapa tompokan warna hijau muncul. Walaubagaimana pun diperhatikan masalah ini berlaku pada sebahagian beg-beg cendawan yang diperam di tempat yang terdedah pada cahaya matahari yang agak kuat..

beg cendawan yang tercemar dengan tompokan hijau dibawah miselium cendawan

Manakala yang baik pula, semua beg cendawan yang diperam dalam rak terlindung dalam keadaan kurang cahaya diperhatikan perkembangan miselium cantik dan tiada sebarang pencemaran berlaku..(boleh dilihat gambar terdahulu pada blog terdahulu bertarikh 14 Mei 2007 sebagai perbandingan pertumbuhan miselium pada beg cendawan yang sama)


pertumbuhan cantik miselium cendawan tiram kelabu di tempat terlindung dari cahaya terang

Bagi beg cendawan yang telah tercemar tersebut tidaklah pasti samada boleh menjadi atau tidak..sapa2 yang tau/berpengalaman mungkin boleh bagi komen sikit.

Friday, May 25, 2007

Progres Tempat Pengukusan Beg Cendawan



Alhamdulillah, tempat mengukus beg cendawan (steamer) akhirnya siap juga..jenuh juga ulang alik nak pastikan pakcik tukang mengikuti ‘spesifikasi’ yang telah ditetapkan ..he he he

So lepas ni pula sesi testing and commissioning pula..sebelum digunapakai untuk operasi mengukus. Razali, balik Malaysia nanti projek kita dah boleh terus on, Insya Allah..Doakan semuanya berjalan lancar..sekarang fokus untuk siap pula dinding rumah cendawan.


Friday, May 18, 2007

Resipi cendawan goreng tepung

Pada member-member yang tanya pasal cendawan goreng, sini ada resipinya..yang selalu isteri saya buatlah..saya tau makan jer..bolehlah cuba resepi yang cukup ni mudah..nasib baik ada stok cendawan yang baru dituai..bolehlah buat..


Cara membuat cendawan goreng tepung

Bahan-bahan:

Cendawan tiram kelabu
Telur
Bawang Putih
Tepung Serbaguna
Minyak Masak


Persediaan bahan-bahan


Cara-cara membuat:

Pecahkan telur dan gaulkan dengan cendawan tiram. Tumbuk bawang putih dan gaul sekali bersama cendawan dan telur.


cendawan digaul dengan telur dan bawang putih.

Perap dalam masa 5 minit. Seterusnya panaskan minyak dengan banyak. Cendawan
yang diperap tadi di salutkan dengan tepung serbaguna dan goreng... pastikan minyak betul-betul panas..


Cendawan disalut dengan tepung serbaguna

Gorengkan..

Goreng sehingga kekuningan dan rangup...

Hasilnya..emm seleranya..

SELAMAT MENCUBA

Monday, May 14, 2007

Sekapur sirih

Assalammualaikum & selamat sejahtera semua pengunjung-pengunjung yang mengunjungi blog saya yang seadanya ini. Blog ini dibuat untuk mengisahkan kisah hidup saya bersama cendawan yang baru bermula..Mudah kata, ianya mengisahkan usaha serius saya menceburi bidang perniagaan berasaskan pertanian khususnya cendawan tiram kelabu. Moga-moga dipermudahkan Nya dan berjaya hendaknya. Insya Allah.

Setelah menghadiri kursus asas tentang cendawan tiram kelabu pada akhir tahun lepas (Disember 2006), melawat ke beberapa ladang cendawan sehingga ke Johor, berjumpa agensi-agensi kerajaan berkaitan dan membuat hitung panjang tentang potensi cendawan ini, maka akhirnya kata putus telah diambil untuk menceburi bidang ini. Apatah lagi setelah adik ipar berminat dan menjadi rakan kongsi dalam projek ini..lagilah senang cerita..

Bertempat di Kg. Banjar di Air Tawar, Perak (lebih kurang 10km ke Sitiawan dan 70km ke Ipoh), pada cuti panjang tahun baru Cina Februari 2007 lalu; maka bermulalah projek cendawan dengan pembinaan rumah cendawan bersaiz 6m x 8m. Bermula dengan kecil-kecilan dulu..
















18 Feb 2007: Hari pertama kerja fizikal untuk rumah cendawan dijalankan..tiang-tiang untuk rumah cendawan. Langkah pertama akhirnya telah pun bermula..


Dijalankan dengan berdikit-dikit tapi konsisten memandangkan masing-masing bekerja, jadi masa terluang hanyalah pada hujung minggu dan untuk menjimatkan kos, kami buat sendiri mana yang boleh.

Selain dari rumah cendawan, kerja yang leceh adalah membuat rak-rak cendawan. Kos juga banyak dihabiskan ke sini dengan pembelian kayu-kayu. Dengan membeli terus dari kilang kayu, ianya lebih ekonomik. Nasib baik dengan pertolongan isteri, mak ayah dan adik-beradik terutama masa hujung minggu, maka sekali lagi kos upah tenaga dapat dielakkan..save sikit budget dan masa.




















tiang-tiang untuk rak cendawan.

Dan terkini 14 Mei 2007:



















tempat kukus dalam progres..Menggunakan bata sepenuhnya dengan bersaiz 4 kaki x 5 kaki x 5 kaki. Boleh memuatkan kira-kira 800 beg sekali kukus. Hanya tinggal lantai dan pintu untuk disiapkan.



















kerja pemasangan kayu dinding untuk jaring
















pandangan keseluruhan progress rumah cendawan.











miselium berwarna putih bercambah dari mulut beg, tanda awal suntikan menjadi

Alhamdulillah, eksperimen suntikan cendawan, akhirnya berjaya setelah beberapa kali gagal. Yang peliknya yang isteri buat jadi, saya punya tak jadi. Tak kisah lah..apapun yang penting dah tau apa puncanya. Risau juga pada mulanya, rumah cendawan nak siap tapi bab suntikan masih tak lepas lagi. Syukur akhirnya menjadi. Dalam tempoh seminggu, keberhasilan suntikan cendawan boleh dilihat. Dengan ini kejayaan ini, barulah yakin untuk melakukan proses pengeluaran beg cendawan secara besar-besaran.

Saya masih baru lagi dalam bidang ini, jadi masih banyak kekurangan yang perlu dipelajari. Oleh yang demikian sesiapa yang sudi menyumbangkan idea/nasihat yang berguna amat dihargai. Kenalan-kenalan siber juga telah banyak membantu selama ini terutama otai-otai yang berkecimpung dalam penanaman cendawan ini yang ada antaranya telah pun bersemuka. Pada yang baru menceburi kita sama-sama belajar bertukar pengalaman untuk kebaikan masing-masing.