Saturday, January 12, 2008

Cendawanku diserang ulat

Ini kira berita yang tak mengembirakan..nampaknya dah mula ada masalah dengan cendawan yang dituai. Kebelakangan ini banyak cendawan yang dituai mengalami serangan ulat.

Ulat ini tinggal dalam cendawan. petandanya boleh dilihat, jikalau batang cendawan itu di potong-akan kelihatan lubang-lubang dalamnya. Juga berlaku pada kelopak cendawan yang kelihatan lubang seolah-olah ditebuk dipermukaanya dan bila dikoyakkan terdapat ulat dalamnya.

Dalam kes serius, kekadang terdapat banyak ulat-ulat tersebut di celah2 ‘insang’ cendawan yang berlubang-lubang mcm lorong dalam taman tempat permainan mereka :)

Ini berlaku pada beg yang kali pertama dituai hasilnya. Sebelum ini tidak pernah masalah ini dialami.

Ulat ni halus dan kepalanya ada bintik hitam dan boleh membesar. Saya ada mengambil gambar ulat ini tetapi malangnya kamera digital saya tak cukup kuat untuk nampakkan ulat ini..imejnya tak jelas

Gangguan serangan ulat ini pada saya sangat serius kerana sebahagian packing didapati ulat-ulat ini muncul. Akibatnya, terpaksa dibuka dan dibuangkan ulat-ulat ini. Tetapi bila dah banyak, tak boleh buat apa2 dah..terpaksa buang. Ini penting supaya kepercayaan pelanggan terhadap hasil cendawan kami tidak terhakis demi untuk kebaikan jangka masa panjang.

saya tak tahu mana datangnya ulat ini dan bagaimana untuk mengatasinya. Jika sesiapa yang tahu dan ada pengalaman tentangnya, sudi2lah memberi pandangan.

Oh yer, petang sabtu tadi saya tak ke mana, ada di rumah..jadi dengan isteri kami pergilah berjalan-jalanlah ke pasar malam berdekatan rumah. Terjumpalah satu gerai sayur-sayuran jual cendawan tapi dalam bentuk longgok, pertama kali saya jumpa dijual begini di Perak, pernah lihat perkara yang sama tapi itu di Kelantan..di sini semuanya dijual dalam packing biasanya dalam 100grm.


Cendawan tiram kelabu dijual longgok sepiring RM2/-

Sunday, January 6, 2008

Sup Cendawan Tiram Kelabu

Minggu ni kita cakap pasal makan saja khususnya melibatkan cendawan tiram kelabu..kali ini untuk makan tengahari Ahad ni isteri saya masakkan pula sup cendawan tiram kelabu. Ini resepinya..



ramuannya….

Bawang kecil, bawang putih, cili padi dan ikan bilis ditumbuk dan ditumis hingga naik bau…

Masukkan air hingga mendidih, masukkan lobak merah, kobis bunga, cili api dan kobis


Akhir sekali masukkan cendawan


seterusnya sedia untuk dimakan…

Saturday, January 5, 2008

Masak Lemak Cili Padi Cendawan Tiram Kelabu

Lepas lama berhenti sementara, aktiviti menuai dan menjual cendawan berjalan kembali. Awal pagi ini penghantaran cendawan ke beberapa kedai sekitar rumah disambung kembali. Ada yang bertanya kenapa lama tak hantar..saya jawab pasal adik kahwin baru-baru ini. Ingatkan mereka tak kisah kerana mungkin boleh dapat di pasar borong, rupanya menanti cendawanku rupanya.. he he

Okay, hari ini hari Sabtu..cuti..apa nak makan tengah hari ni? Ada baki cendawan yang tak layak dijual memandangkan bentuknya yang tak sesuai untuk dijual atau dah mula kuning tapi cendawan ini masih elok untuk dimakan sendiri. Tergerak dalam hati ni nak pekena masak lemak cili padi cendawan tiram kelabu. Jadi isteri saya masakkan..mungkin ada yang berminat nak cuba, ini resipinya ditaip khas oleh isteri saya Pn Lina :)

cendawan tiram kelabu digaul bersama cili yang telah ditumbuk dengan api yang perlahan, selepas itu masukkan batang serai

masukkan santan dan sedikit kunyit serta kacau dengan perlahan2 sehingga mendidih… akhirnya, masukkan garam dan ajinomoto secukup rasa.

Lemak cili padi cendawan tiram kelabu sedia untuk dimakan. Piring di bawah tu ikan masin. Sedap juga dimakan bersama.