Saturday, January 5, 2008

Masak Lemak Cili Padi Cendawan Tiram Kelabu

Lepas lama berhenti sementara, aktiviti menuai dan menjual cendawan berjalan kembali. Awal pagi ini penghantaran cendawan ke beberapa kedai sekitar rumah disambung kembali. Ada yang bertanya kenapa lama tak hantar..saya jawab pasal adik kahwin baru-baru ini. Ingatkan mereka tak kisah kerana mungkin boleh dapat di pasar borong, rupanya menanti cendawanku rupanya.. he he

Okay, hari ini hari Sabtu..cuti..apa nak makan tengah hari ni? Ada baki cendawan yang tak layak dijual memandangkan bentuknya yang tak sesuai untuk dijual atau dah mula kuning tapi cendawan ini masih elok untuk dimakan sendiri. Tergerak dalam hati ni nak pekena masak lemak cili padi cendawan tiram kelabu. Jadi isteri saya masakkan..mungkin ada yang berminat nak cuba, ini resipinya ditaip khas oleh isteri saya Pn Lina :)

cendawan tiram kelabu digaul bersama cili yang telah ditumbuk dengan api yang perlahan, selepas itu masukkan batang serai

masukkan santan dan sedikit kunyit serta kacau dengan perlahan2 sehingga mendidih… akhirnya, masukkan garam dan ajinomoto secukup rasa.

Lemak cili padi cendawan tiram kelabu sedia untuk dimakan. Piring di bawah tu ikan masin. Sedap juga dimakan bersama.