Sunday, February 10, 2008

Cerita Terbaru

Dah lama tak menjenguk blog saya ini lantaran kesibukan kerja harian..namun begitu aktiviti projek cendawan berjalan seperti biasa. Terdapat beberapa perkembangan menarik dalam tempoh ini. Pentingnya, orang kampung sudah mula mengetahui projek cendawan tiram kelabu kami. Emak sayalah yang banyak memainkan peranan ini. Dia memang biasa berniaga dan kebelakangan ini apabila saya sibuk bekerja, tanpa disangka dia membungkus sendiri cendawan dan menjual di kawasan kampung dan berhampiran. Yang pastinya setiap hari Isnin bila agensi kerajaan datang ke kampung (kalau tak silap saya dari Amanah Ikhtiar Malaysia), di situlah emak saya mengambil peluang menjual apabila ramai orang kampong berkumpul..memang cukup lumayan dan ada ketikanya 5-6kg cendawan habis dijual disitu sahaja dan bayangkanlah hasilnya..dijual terus tanpa tiada komisyen/orang tengah..

Pada hari-hari lain kekadang dia sendiri pergi ke kawasan perumahan dan estet berhampiran ..orang-orang India di sini pun sudah mengenali cendawan tiram kelabu dan mereka juga antara pembeli utama. Sungguhpun begitu saya tak mahu menjadikan ini menjadi beban padanya. Sekadar dia melakukannya untuk mengisi masa lapang dan mendatangkan keseronokan padanya kerana sekarang pun dah mula orang kampung datang ke rumah untuk membeli cendawan tiram kelabu.

Di samping itu saya juga telah mendapat permintaan baru dari kedai pasar basah di Lumut hasil dari promosi kawan sekerja..ianya satu peluang yang cukup baik kerana proses penghantaran mudah kerana laluan kerja harian.

Berhubung cuti panjang Tahun Baru Cina baru-baru ini, kami telah merancang untuk melakukan upgrade pada rumah cendawan supaya kapasiti untuk menampung beg cendawan boleh ditambahkan. Walaubagaimana pun, ianya terpaksa ditangguhkan atas sebab ayah saudara saya meninggal dunia pada malam Jumaat 07 Februari 08 kerana kemalangan jalan raya di Teluk Intan. Agak terkilan kerana tidak sempat menemuinya sebelum itu dan saya terasa kehilangannya. Semoga Allah mencucuri rahmatNya kepada ayah saudara saya itu. Al-Fatihah