Sunday, February 17, 2008

Genap setahun projek cendawan tiram kelabu berjalan

Diam tak diam cukup setahun projek cendawan ini berjalan. Pada 18 Feb 08, genap setahun projek cendawan kami berjalan secara fizikalnya. Tahun lepas pada 18 Feb 07, bermulalah pembinaan rumah cendawan sempena cuti panjang tahun baru cina ketika itu.

Idea untuk mengusahakan pertanian ini datang memandangkan tanah orang tua saya tidak digunakan sepenuhnya. Apatah lagi hasil kempen kerajaan..pertanian adalah perniagaan. Jadi saya nampak ianya boleh dikomersilkan kalau diusahakan dengan baik.

Sebenarnya, projek cendawan ini tidak dirancang pada mulanya. Bahkan sebelum itu, saya telah menghadiri beberapa kursus seperti tanaman jagung, berjumpa dan berbincang dengan pegawai FAMA negeri/daerah, jabatan pertanian dan jabatan perikanan untuk cadangan projek ikan keli, projek tanaman fertigasi dan sebagainya. Cendawan ini memang tiada langsung dalam senarai pun. Apa lagi masa tu pun, saya tak pernah makan cendawan pun. Kalau pi restoran pun, bila makan tomyam, cendawan dalam mangkuk tu tolak tepi jer..tak makan.

Tapi disebabkan faktor seperti kawasan dan beberapa aspek lain ditambah pula apabila adik ipar pun menyatakan hasrat untuk menyertai bersama projek cendawan tiram kelabu, maka keputusan diambil untuk menceburi projek ini.

Maklumat awal saya banyak dapat dari forum BicaraJutawan.com subtopik Usahawan Asas Tani. Selepas itu, saya menghadiri kursus tanaman cendawan tiram kelabu pada Disember 2006 anjuran Persatuan Peniaga Dan Usahawan Melayu Malaysia (PPUMM) di Sitiawan, Perak yang diajar oleh Pn Normah Ibrahim dari Jabatan Pertanian dan pada akhir kursus, sijil diberi oleh Tan Sri Rahim Tamby Chik pengerusi Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem)..dari situ lah banyak saya tahu tentang cendawan tiram kelabu. Yang bestnya, masa itulah saya terasa sedapnya cendawan tiram kelabu apabila dihidangkan dalam bentuk cendawan tepung goreng. Kali pertama makan cendawan.


Video klip yang saya ambil masa menghadiri kursus cendawan tiram kelabu Disember 2006. (Pn Normah Ibrahim memberi tunjukajar tentang penyediaan media dan kerja membuat beg cendawan. Klik sini untuk sambungan berikutnya; video klip no 2)

Pada awalnya banyak masa dihabiskan melawat ke ladang-ladang pengusaha cendawan tiram kelabu yang sudi terima kedatangan kami, belajar dan bertanya demi untuk mendapatkan maklumat sepenuhnya sebelum memutuskan untuk memulakan projek ini.

Perjalanan masih jauh lagi, setahun berlalu ini masih terlalu muda dan banyak yang perlu dipelajari dari segi aspek penyediaan, penjagaan, penyakit, kawalan kos sehinggalah pemasaran. Apapun kami terimanya sebagai cabaran yang lumrah bagi mana2 bisnes. Kerana setiap yang kami lalui adalah benda baru yang dipelajari. Sama-sama berbincang dan mencari penyelesaian bagi setiap peringkat projek ini. Otai2 juga banyak memainkan peranan memberikan bantuan khidmat nasihat bila dilanda masalah.
Semoga langkah kami seterusnya dipermudahkanNya. Amin.