Saturday, March 29, 2008

Cendawan Goreng & Cameron Highland

Hari ini saya dan isteri berkesempatan berjalan-jalan di Cameron Highland. Dah lama tak melawat tempat menarik ni. Cuaca waktu pagi sangat baik cerah tapi sejuknya masih terasa.

Kali ini kami berkesempatan melawat ladang Teh Boh. Memang menarik pemandangan di situ yang dipenuhi pokok teh saujana luas mata memandang.


pemandangan ladang teh boh di Cameron Highland

Dalam banyak-banyak berjalan tu, menarik untuk dicatitkan di sini, cendawan goreng cukup mudah didapati di sini di sebalik kesukaran mencarinya di tempat-tempat lain di Perak. Banyak gerai-gerai yang menjualnya di Cameron Highland. Bukan setakat cendawan tiram kelabu goreng, cendawan butang goreng juga turut dijual. Sungguhpun begitu harga yang dijual secara relatifnya agak tinggi. Rata-rata dijual dengan harga RM2/- sebekas.


Cendawan goreng di Cameron Highland dari cendawan tiram kelabu dan butang