Thursday, March 20, 2008

Kerja Memperbaiki Rak Cendawan

Pertama-tama sekali diucapkan selamat menyambut hari keputeraan Nabi Muhammad SAW.

Hari ini adalah cuti umum, jadi sempatlah saya dan isteri turun dari Ipoh pagi tadi ke kampung di Air Tawar dengan tujuan untuk mengubahsuai rak-rak cendawan. Kalau sesiapa yang perasan, ada sesuatu yang tak kena dengan rak-rak cendawan projek kami ini. Walaubagaimana pun ada juga yang perasan dan komen pada saya mengenainya.

Sebenarnya memang berlaku kesilapan dalam membina rak cendawan. Jarak antara palang rak adalah besar menyebabkan rak-rak cendawan tersebut tidak dapat digunakan secara maksimum bagi menampung kuantiti beg cendawan seperti yang dirancang.

Jarak yang baik pada pengalaman saya adalah dalam lima ke enam susunan beg cendawan. Kalau ketinggian susunan beg cendawan lebih dari itu, maka sangat mudah untuk beg-beg cendawan tersebut untuk tidak stabil dan mudah jatuh.

Inilah kesilapan yang tidak disedari ketika membinanya awal tahun lepas..maklumlah ketika itu masih baru lagi dalam projek cendawan. Jadi pada sesiapa yang mahu membina rak cendawan, pastikan kesilapan ini tidak berlaku kerana ianya membazirkan masa, kos dan tenaga.


Rak sebelah kiri setelah diperbaiki dengan menambah palang untuk menampung beg cendawan secara maksimum. Rak sebelah kanan pula sedang diperbaiki.