Saturday, May 10, 2008

Lawatan Peserta Anjuran Amanah Ikhtiar Malaysia

Hari ini ladang cendawan kami telah dilawati oleh peserta-peserta anjuran Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Pihak kami berbesar hati menerima lawatan mereka.

Lawatan ini melibatkan lebih kurang kira-kira 50 peserta dari kawasan berhampiran dan penerangan dilakukan oleh saya dan isteri manakala emak, ayah dan lain-lain anggota keluarga turut terlibat sekali membantu. Banyak juga pertanyaan dari peserta-peserta yang berminat untuk menceburi perusahaan cendawan tiram kelabu ini.

Pihak kami juga turut membuat demonstrasi cendawan goreng di mana cendawan di goreng di laman rumah. Hasil cendawan tiram kelabu yang segar baru dipetik juga turut habis dijual.

Adalah diharapkan lawatan ini membuka mata peserta-peserta AIM tentang potensi perusahaan cendawan tiram kelabu ini jika dilakukan bersungguh-sungguh.


penerangan tentang kerja membuat beg cendawan


lawatan ke rumah cendawan..melihat hasil cendawan


demonstrasi masakan cendawan goreng. Habis kesemuanya..maaf yer pada yang tak sempat merasa..