Saturday, June 28, 2008

Kenaikan Harga Minyak & Cendawan

Kenaikan harga minyak kali ini sangat-sangat memberi kesan kepada kehidupan harian kali ini. Ianya bagaikan orang putih kata ‘chain reaction’. Semuanya meledak naik seolah-olah tanpa kawalan disebalik jaminan kerajaan semuanya terkawal..Perusahaan cendawan juga tidak terkecuali. Beberapa pembekal mula memaklumkan mereka tidak dapat mengikut harga lama baik habuk kayu, plastik beg, tong gas dan dedak. Bercakap pasal dedak ni.. dalam tempoh setahun sudah beberapa kali naik harga. Namun begitu pengumuman terbaru telah melonjak harga dedak ini sehingga tahap hampir sekali ganda dari harga asalnya kira-kira setahun lalu.

Semua ini sangat-sangat memberi kesan. Kami menceburi perusahaan ini kerana tertarik dengan slogan pertanian satu perniagaan..jadi bila bercakap perniagaan, sudah pastinya berorientasikan keuntungan. Tapi kami juga perlu pastikan kualiti dan kuantiti tidak terjejas demi memastikan kepercayaan pelanggan tidak terhakis.

Pihak kami sedang memikirkan beberapa cara untuk mengurangkan kesan kenaikan kos bahan bakar ini terhadap bisnes cendawan ini. Ada beberapa cadangan sedang dipertimbangkan, termasuk juga teknik baru yang mengurangkan kos pengeluaran. Buat masa ini harga kami masih tidak berubah. Tetapi dengan sampainya bahan mentah baru dengan kenaikan kos baru, pihak kami tiada pilihan lain melainkan mungkin terpaksa revise harga jualannya nanti. Keadaan yang tidak diingini ini membuat kami supaya lebih kreatif..sebenarnya; terpaksa kreatif demi untuk memastikan kelancaran bisnes ini tidak terganggu. Tak nak pula nanti orang kata ‘hangat-hangat tahi ayam’. He he

Pada masa yang sama pengeluaran hasil sekarang berkurangan kerana beg-beg cendawan lama sudah mula tua dan kurang penghasilan. Walaubagaimana pun dalam masa terdekat ini, tuaian baru akan dapat dilakukan. Jadi pendapatan bulan ini berkurangan sedikitlah.

Sementara itu kerja memperbaiki rak cendawan perlahan-lahan dalam progres dan hampir siap. Ini supaya keupayaan menampung bilangan beg cendawan dapat dioptimumkan. Mulanya nak upah orang. Tapi ayah saya kata membazir ditambah tiada kepentingan untuk disiap segera, jadi biar dia buatkan. Terima kasih ayahku yang telah banyak menolong tanpa mengharapkan balasan.

Oh yer, di column sebelah kanan ini saya ada buat satu item bertajuk 'Cerita Terbaru Rakan Cendawan'. Ramai yang telah menceburi perusahaan cendawan dan mempunyai blog. Ini suatu perkembangan yang baik. Saya suka juga lawat blog-blog cendawan lain cumanya tiada masa melihat semua. Jadi saya rangkaikan dan sebarang perkembangan terbaru rakan-rakan cendawan lain secara automatik di update dan boleh dilihat dari situ. Pada siapa yang mempunyai blog cendawan tapi tiada dalam senarai Rangkaian Cendawan bolehlah maklumkan pada saya melalui comment di bawah post ini atau email.