Monday, July 28, 2008

Lawatan ke Projek Cendawan di Tapah

Hari ini selepas berjumpa sahabat lama saya di satu projek pembinaan sebuah sekolah di Tapah, saya sempat meluangkan masa berjumpa kira otai lama dalam bidang cendawan nie di Kg Mak Teh, Tapah Road berhampiran kompleks Jabatan Penjara Tapah, Azhari tapi saya senang panggilnya Angah. Beliau adalah pengusaha cendawan tiram kelabu sepenuh masa.

Dengan menggunakan bangsal lama yang telah diubahsuai, banyak kos dijimatkan. Angah juga banyak menggunakan kayu terpakai untuk rak cendawan.


Bangsal lama diubah suai sebagai rumah cendawan

Disamping menjual cendawan segar, Angah juga turut membuat kursus cendawan tiram kelabu dan membekalkan bongkah cendawan.

Beliau adalah antara otai2 yang banyak membantu saya sama ada dari segi nasihat mahu pun pengalamannya pada peringkat permulaan saya menceburi perusahaan cendawan tiram kelabu nie. Angah sekarang nie sedang mengembangkan bisnis pertaniannya ke bidang penanaman cili pula. Memang saya kagumi semangat kentalnya dalam mengusahakan projek2nya. Semoga projek barunya sukses.


Projek fertigasi penanaman cili yang baru diceburi seluas 120kaki x 70 kaki yang boleh memuatkan kira-kira 1000 polibeg

Sunday, July 20, 2008

Akhirnya cendawan pun naik harga..

Minyak naik..harga barang pun naik..harga cendawan pun naik


Semalam saya dan isteri ke sebuah pasaraya terkenal di Ipoh, manakala pagi Ahad tadi pula ke pasar Tanjung Rambutan membeli barang-barang utk menu makan tengah hari ini iaitu nasi ayam..dah lama tak rasa masakan nasi ayam masakan isteri sendiri. Jadi sambil tu buat sedikit pemerhatian harga jual cendawan tiram kelabu.


Saya selalu pergi ke pasaraya terkenal di Ipoh ini paling kurang sebulan sekali untuk beli barangan keperluan rumah..biasanya kalau pergi ke pasaraya ni, antara tempat yang selalu saya jenguk adalah ruang jualan cendawan tiram kelabu.


Menariknya, kali ini saya perasan berlakunya kenaikan harga jual pada cendawan tiram kelabu. Bagi satu bungkusan cendawan tiram kelabu dengan berat 500gram, harga jualan sebungkus adalah RM3.99..bermakna harga jualan bagi setiap berat 100gram adalah RM0.798..kira 80sen lah tu. Manakala bagi satu bungkusan cendawan berat 200gram pula dijual dengan harga RM1.99..maknanya harga jualan bagi setiap berat 100gram adalah lebih tinggi iaitu RM0.995 (lebih kurang RM1 sebungkus ler tu..lebih kurang sama harga dengan harga cendawan tiram kelabu di luar)


Cendawan tiram kelabu dijual dalam bungkusan seberat 200gram dengan harga RM1.99


Saya selalu menjadikan asas harga cendawan tiram kelabu di pasaraya ini sebagai petunjuk am harga jualan terendah memandangkan kebiasaan pasaraya menjual dengan harga murah berbanding dengan kedai/pasar. Sebelum ini harga cendawan di pasaraya ini memang stabil untuk sekian lama dan tidak berubah. Kecuali apa yang saya lihat semalam.


Manakala ketika berada di pasar Tanjung Rambutan pagi tadi, satu gerai sayur-sayuran menjual sebungkus pada anggaran saya berat 100grm tapi dengan harga RM1.20.


Cendawan tiram kelabu dijual dengan harga RM1.20 sebungkus.


Di satu gerai lain berdekatan pula, harga jualan masih tidak berubah iaitu RM1/sebungkus tapi melihat dari bilangan cendawan yang tak banyak dalam bungkusan itu, saya anggarkan beratnya dalam 70-80 gram.


Rasanya puncanye semua orang tahu..akibat bahana pengumuman kerajaan berhubung kenaikan mendadak harga minyak baru-baru.


Ehmm..nampaknya kenaikan harga jualan cendawan tidak dapat dielakkan..dan saya pun tidak dapat menggelak berbuat demikian mengambil kira kenaikan harga mentah bahan-bahan keperluan perusahaan cendawan tiram kelabu dan margin untung. Itu ler conggak kasar saya yg baru ceburi bisnis ni..


Tuesday, July 15, 2008

Kursus Cendawan Tiram Kelabu

Selama ini ada yang menghubungi saya bertanyakan jika saya ada menyediakan kursus cendawan tiram kelabu. Minta maaf saya maklumkan, buat masa ini saya tidak menjalankan kursus cendawan tiram kelabu. Ini kerana saya masih bekerja dan yang demikian saya tidak dapat memberi komitmen berhubung kursus ini. Bagi berminat menghadiri kursus cendawan tiram kelabu di Perak, anda boleh menghadiri kursus cendawan tiram kelabu yang dianjurkan oleh Tunas Alam Agrotech dan Ariela Enterprise Ini adalah rakan-rakan blog cendawan tiram kelabu setahu saya yang menjalankan kursus tersebut di negeri Perak Darul-Ridzuan.

Buat masa ini saya hanya membuat penjualan barangan/peralatan, bongkah dan cendawan segar.

Thursday, July 10, 2008

Penyakit misteri yang menyerang beg cendawan


Penyakit misteri yang menyerang dan menyebabkan misileum cendawan yang tumbuh dengan baik pada mulanya menjadi hitam dan rosak tak boleh dirawat.


Gambar di atas benar-benar menganggu saya setiap kali membuat beg cendawan. Hari ini saya terbaca dan tertarik dengan posting sahabat cendawan saya di http://ay-ne.blogspot.com/2008/07/stock-deasease.html. Postingnya ada menyentuh tentang penyakit misteri yang menyebabkan misileum putih cendawan bertukar menjadi hitam dan habuk kayu didalamnya menjadi peroi dan lembik.

Saya juga turut mengalami masalah yang sama dan sehingga hari ini ianya masih berlaku. Saya pernah posting masalah ini pada Nov 07 lalu di http://mycendawan.blogspot.com/2007/11/penyakit-oh-penyakit.html. Sehingga kini saya tidak tahu apa puncanya.

Pada sesiapa yang tahu sudi-sudilah memberi maklumat apakah puncanya ini dan bagaimana mengatasinya. Saya amat-amat menghargainya.

Wednesday, July 9, 2008

Ramai berminat dengan cendawan

Kebelakangan ini ramai berminat dengan potensi cendawan sebagai perniagaan. Rakan-rakan sepejabat isteri saya pun tidak terkecuali. Beberapa rakannya telah mula menyatakan rasa minat menceburi perusahaan cendawan tiram kelabu. Buat permulaan mereka membeli sebilangan bongkah cendawan sebagai percubaan sendiri dulu termasuk menjual hasil cendawan tiram kelabu di kawasan perumahan masing-masing. Ini secara tidak langsung boleh dijadikan sebagai pendapatan sampingan. Moga usaha mereka sukses.


Antara bongkah cendawan untuk dihantar kepada pembeli