Sunday, July 20, 2008

Akhirnya cendawan pun naik harga..

Minyak naik..harga barang pun naik..harga cendawan pun naik


Semalam saya dan isteri ke sebuah pasaraya terkenal di Ipoh, manakala pagi Ahad tadi pula ke pasar Tanjung Rambutan membeli barang-barang utk menu makan tengah hari ini iaitu nasi ayam..dah lama tak rasa masakan nasi ayam masakan isteri sendiri. Jadi sambil tu buat sedikit pemerhatian harga jual cendawan tiram kelabu.


Saya selalu pergi ke pasaraya terkenal di Ipoh ini paling kurang sebulan sekali untuk beli barangan keperluan rumah..biasanya kalau pergi ke pasaraya ni, antara tempat yang selalu saya jenguk adalah ruang jualan cendawan tiram kelabu.


Menariknya, kali ini saya perasan berlakunya kenaikan harga jual pada cendawan tiram kelabu. Bagi satu bungkusan cendawan tiram kelabu dengan berat 500gram, harga jualan sebungkus adalah RM3.99..bermakna harga jualan bagi setiap berat 100gram adalah RM0.798..kira 80sen lah tu. Manakala bagi satu bungkusan cendawan berat 200gram pula dijual dengan harga RM1.99..maknanya harga jualan bagi setiap berat 100gram adalah lebih tinggi iaitu RM0.995 (lebih kurang RM1 sebungkus ler tu..lebih kurang sama harga dengan harga cendawan tiram kelabu di luar)


Cendawan tiram kelabu dijual dalam bungkusan seberat 200gram dengan harga RM1.99


Saya selalu menjadikan asas harga cendawan tiram kelabu di pasaraya ini sebagai petunjuk am harga jualan terendah memandangkan kebiasaan pasaraya menjual dengan harga murah berbanding dengan kedai/pasar. Sebelum ini harga cendawan di pasaraya ini memang stabil untuk sekian lama dan tidak berubah. Kecuali apa yang saya lihat semalam.


Manakala ketika berada di pasar Tanjung Rambutan pagi tadi, satu gerai sayur-sayuran menjual sebungkus pada anggaran saya berat 100grm tapi dengan harga RM1.20.


Cendawan tiram kelabu dijual dengan harga RM1.20 sebungkus.


Di satu gerai lain berdekatan pula, harga jualan masih tidak berubah iaitu RM1/sebungkus tapi melihat dari bilangan cendawan yang tak banyak dalam bungkusan itu, saya anggarkan beratnya dalam 70-80 gram.


Rasanya puncanye semua orang tahu..akibat bahana pengumuman kerajaan berhubung kenaikan mendadak harga minyak baru-baru.


Ehmm..nampaknya kenaikan harga jualan cendawan tidak dapat dielakkan..dan saya pun tidak dapat menggelak berbuat demikian mengambil kira kenaikan harga mentah bahan-bahan keperluan perusahaan cendawan tiram kelabu dan margin untung. Itu ler conggak kasar saya yg baru ceburi bisnis ni..