Monday, July 28, 2008

Lawatan ke Projek Cendawan di Tapah

Hari ini selepas berjumpa sahabat lama saya di satu projek pembinaan sebuah sekolah di Tapah, saya sempat meluangkan masa berjumpa kira otai lama dalam bidang cendawan nie di Kg Mak Teh, Tapah Road berhampiran kompleks Jabatan Penjara Tapah, Azhari tapi saya senang panggilnya Angah. Beliau adalah pengusaha cendawan tiram kelabu sepenuh masa.

Dengan menggunakan bangsal lama yang telah diubahsuai, banyak kos dijimatkan. Angah juga banyak menggunakan kayu terpakai untuk rak cendawan.


Bangsal lama diubah suai sebagai rumah cendawan

Disamping menjual cendawan segar, Angah juga turut membuat kursus cendawan tiram kelabu dan membekalkan bongkah cendawan.

Beliau adalah antara otai2 yang banyak membantu saya sama ada dari segi nasihat mahu pun pengalamannya pada peringkat permulaan saya menceburi perusahaan cendawan tiram kelabu nie. Angah sekarang nie sedang mengembangkan bisnis pertaniannya ke bidang penanaman cili pula. Memang saya kagumi semangat kentalnya dalam mengusahakan projek2nya. Semoga projek barunya sukses.


Projek fertigasi penanaman cili yang baru diceburi seluas 120kaki x 70 kaki yang boleh memuatkan kira-kira 1000 polibeg