Sunday, August 31, 2008

Meletakkan kepercayaan kepada orang lain jalankan kerja suntikan

Kerja suntikan adalah kerja yang memerlukan ketelitian yang penuh. Kegagalan menjalankan kerja suntikan dengan betul boleh menyebabkan kerugian besar. Saya pernah alami ini pada peringkat permulaan projek cendawan ini. ‘Trauma’ ini memberi kesan yang mana sehingga kini hanya saya atau partner saya melakukan kerja ini. Alhamdulillah semenjak itu ianya berjalan lancar hasil pembelajaran dari kegagalan2 tersebut tapi dgn kos yang mahallah...

Walaubagaimana pun memandangkan kesibukan kerja masing2, adakalanya bongkah-bongkah yang dikukus terbiar hampir dua minggu tanpa suntikan. Keadaan ini tidak boleh dibiarkan berterusan. Disamping itu terdapat pihak2 yang menghubungi kami untuk menempah bongkah dalam kuantiti yang banyak. Oleh yang demikian, nak tak nak kami tidak ada pilihan kecuali terpaksa meletak kepercayaan kepada pekerja membuat kerja suntikan ini.

Kebiasaannya kami mengupah budak2 kampung hanya bagi membuat bongkah cendawan sahaja. Antara mereka ni, saya perhatikan ada satu mamat yang boleh dipercayai dan diharapkan. Dia ni saya panggil Li jer..nama penuh tak tau..masih sekolah tingkatan empat, tapi rajin mencari duit tambahan bila kelapangan. Jadi petang semalam, saya turun sat dari Ipoh semata2 untuk ajar si Li buat kerja suntikan. Ini pertama kali kerja suntikan projek cendawan kami dilakukan orang lain. Oleh itu, beberapa jam dihabiskan untuk memastikan dia nie buat kerja dengan betul. Oklah cepat juga belajar dia nie..



Li sedang buat kerja suntikan. Hasil kerjanya boleh dilihat dalam dua minggu melihatkan kepada pertumbuhan misilium.

Oh yer, kepada pembaca semua diucapkan selamat menyambut kemerdekaan Malaysia yang ke 51. Diharapkan kegawatan politik yang sedang berlaku dan memeningkan ini cepat2 berakhir agar masing2 boleh fokus kepada kerja memajukan negara untuk kepentingan rakyat..tak kira pembangkang mahu pun pihak pemerintah.

Kepada muslimin dan muslimat sekalian selamat menyambut Ramadan. Semoga amal ibadat kita diterima Nya dan memberi impak perubahan positif pada diri kita.

Wednesday, August 27, 2008

Serangan kumbang hitam & penggunaan perekat lalat

Tidak lama dulu rumah cendawan saya pernah diserang kumbang hitam sehingga mengakibatkan sebahagian cendawan yang dipetik berulat. Untuk membasmi serangan kumbang hitam, tindakan drastik terpaksa diambil sepertimana yang dipostingkan sebelum ini.


Berdasarkan pengalaman saya dalam menangani permasalahan serangan kumbang hitam baru-baru ini, didapati penggunaan perekat lalat (nama komersil yang biasa disebut di kedai2) sebenarnya banyak juga memainkan peranan penting selepas post-treatment tersebut. Dalam tempoh seminggu pertama selepas ditempatkan di sekitar bongkah tuaian, banyak kumbang hitam terperangkap pada perekat ini. Alhamdulillah, sehingga hari ini saya dapati semua cendawan segar yang dipetik tidak lagi mengandungi ulat yang berbintik hitam di kepala tu. Ini adalah antara kaedah yang mudah, murah tapi berkesan dalam menangani kumbang hitam ini.


Banyak kumbang-kumbang hitam terperangkap pada perekat lalat.


Tapi yang penting sebenarnya adalah pastikan kebersihan rumah cendawan terjaga selalu. Dan juga menjalankan tindakan cuci dan tutup kembali bongkah cendawan dengan segera selepas tuaian.

Monday, August 25, 2008

Cendawan Sos Tiram

Sebenarnya macam-macam boleh dibuat dengan cendawan tiram kelabu nie, isteri saya suka mencuba masakan baru dengan cendawan tiram kelabu. Jadi hidangan makan malam hari ni adalah berikutnya. Memang sedap dimakan terutamanya ketika masih panas.. Pada berminat bolehlah mencuba masakan ini.



CENDAWAN SOS TIRAM

Bahan-bahan:
Cendawan tiram kelabu
Kentang di hiris kecil
2 ulas bawang kecil
1 ulas bawang putih
1 biji bawang besar dihiris
5 biji cili padi
Sos tiram
Kicap manis


Cara-cara memasak
1) Bawang kecil dan bawang putih serta 2 biji cili api di tumbuk dan di tumis
2) Masukkan kentang yang dihiris. Digoreng bersama dengan bahan yang ditumis.
3) Masukkan sos tiram, kicap manis dan sedikit air, biarkan sehingga kentang empok
4) Masukkan cendawan dan akhir sekali masukkan bawang besar dan cili api.
* Kalau nak masukkan ayam atau udang pun boleh….

Saturday, August 23, 2008

‘Cetak rompak’ dalam dunia blog

Ehmm..ini posting yang saya tak suka postkan..tapi terpaksa dipostkan juga memandangkan ianya beberapa kali berlaku..kebelakangan ini saya dapati kerja ‘cetak rompak’ atau kalau bahasa org belajar tinggi2 nie ‘plagiat’ menjadi-jadi dan saya juga turut terkena..beberapa artikel dan gambar2 dari blog MyCendawan ini telah diambil begitu sahaja tanpa makluman/izin tuannya. Saya tidak kisah asalkan paling kurang disebut sumbernya. Malangnya ini tidak berlaku, di ‘copy paste’ kan artikel/gambar kita dan dipostkan dalam blog-blog berkenaan seolah-olah macam cerita sendiri..

Yang peliknya yang mempunyai ijazah (seperti dinyatakan dalam blog) juga terlibat, sepatutnya bila dah ada degree nie dan pastinya pernah buat paper final year project atau bahasa mudahnya tesis, masalah ‘copy paste’ tidak berlaku. Ini memandangkan sudah tentu etika penulisan diajar dan ia harus diteruskan selepas tamat pengajian terutama apabila menulis bagi tatapan umum seperti blog.

Jadi pada sapa2 yang melakukan nie samada sengaja atau tidak, harap2 faham-faham lah dan tau apa nak dibuat.. ;-)

Ingatlah menulis ini lebih bermakna dan indah jika ditulis sendiri bukan mencetakrompak tulisan orang lain..tulisan & blog/web kita pun lebih kredibiliti dan dihormati.

Pembaca-pembaca blog pun bijak dan tau dari mana sumber2nya hatta sekeping gambar pun..terima kasih saya ucapkan pada pembaca2 yang memaklumkan pada saya.


Ok tamat cerita..semoga ianya tak berulang. Beralih ke cerita Perjumpaan Geng Cendawan Se_Malaysia anjuran rakan cendawan En Ramle Alwi pada Ahad ini 24 Ogos 2008, adalah diharapkan moga2 perjumpaan tersebut berhasil dan membawa manfaat pada pengusaha2 cendawan. Pada sesiapa yang berdekatan terutamanya atau yang ingin menghadiri, saya ingin mengambil kesempatan di sini, me war-warkan perjumpaan tersebut pada pengusaha2 cendawan yang ingin hadiri perjumpaan tersebut. sila layari blog Kulat Enterprise di http://kulatenterprise.blogspot.com/

Sunday, August 17, 2008

Berjalan-jalan di MAHA 2008

Memang memuaskan, berinformasi dan menyantaikan..itulah kesimpulan yang boleh dikatakan selepas melawat pameran pertanian, hortikultur dan agro perlancongan Malaysia (MAHA) 2008 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang semalam.


Berada di beberapa dewan pameran besar yang berdekatan satu sama lain..dengan suasana susunan menarik dan berhawa dingin membuatkan kami tak sedar beberapa jam sudah berlalu..


Berbagai2 tarikan di ekspo ini samada di dalam dewan atau pun di ruangan pamer luar di ladang-ladang. Di sini apa saja yang berkaitan cendawan menjadi tarikan pada saya. Syarikat C & C Mushroom memang boleh dikatakan 'giant' dalam industri cendawan tanahair. Mereka sudah jauh ke depan mengusahakan perlbagai produk hiliran berasaskan cendawan dan menanam cendawan-cendawan jenis lain seperti cendawan tiram putih, lingzhi, telinga kera dan abalon.


Booth C & C Mushroom


Disamping cendawan segar. Produk2 hiliran lain turut dihasilkan C&C Mushroom. Mereka mempelopori penjualan keropok berasaskan cendawan tiram (oyster mushroom crisps) yang rangup dan enak.


Namun penyertaan lain-lain pengusaha bumiputera cendawan tiram kelabu lain juga turut menarik perhatian. Mereka juga tidak asing dalam dunia internet dan turut mempunyai laman blog.


Genting Permai Resources yang mempunyai blog gentingpermairesources.blogspot.com turut menyertai ekspo MAHA 2008


produk hiliran yang dijual Genting Permai Resources; tempura cendawan, serunding cendawan dan tepung tempura cendawan


Booth Cendawan Blues Enterprise cendawanblues.blogspot.com juga menawarkan contract farming


Beberapa agensi kerajaan lain juga memaparkan cendawan dalam ruangan pameran mereka.

Saya tertarik dengan pameran dari Lembaga Pertubuhan Peladang mempamerkan model mini rumah cendawan..pada sesiapa yang berminat saya rasa boleh mengikuti model seperti di gambar bawah..sesuai untuk perniagaan kecil2an seperti di taman perumahan yang memerlukan sedikit ruang laman atau pun sebagai eksperimen dahulu sebelum membuat besar2an.


Mini rumah cendawan yang boleh memuatkan paling kurang 1000 bongkah cendawan. sangat ekonomik dan mudah dibina sendiri. Dengan dinding netting beratapkan nipah.


Booth Jabatan Pertanian juga mempamerkan cendawan di ruangan pameran mereka. Di samping cendawan tiram kelabu, bongkah cendawan lingzhi dan cendawan kobis bunga juga dipamerkan.


Kebelakangan ini penanaman cendawan lingzhi atau dalam bahasa melayu dipanggil cendawan merah mula mendapat perhatian. Selain dari agensi-agensi pertanian kerajaan dan syarikat C&C Mushroom yang mempamerkan cendawan lingzhi di ruangan pameran masing2, syarikat Sureco turut mempamerkan cendawan linghzi di booth mereka. Mungkinkah selepas ini penanaman cendawan lingzhi akan mendapat tempat di hati pengusaha cendawan tempatan..


Ekspo MAHA 2008 ini memang sesuai untuk dilawati sekeluarga apatah lagi sempena musim cuti sekolah. Banyak potensi peluang-peluang perniagaan berbagai jenis bidang bidang pertanian yang boleh ditinjau. Pada sesiapa yang berminat dalam perniagaan berasaskan pertanian, samada dalam perikanan, pertanian mahupun penternakan memang inilah tempatnya yang sesuai. Ekspo ini akan berakhir pada Sabtu depan 23 Ogos 2008.

Wednesday, August 13, 2008

Bagaimana Habuk Kayu Getah Dihasilkan..

Semalam saya sempat meluangkan masa melawat satu kilang kayu getah yang biasa saya ambik habuk kayu getah nie. Disamping untuk beli habuk kayu getah, tujuan lainnya adalah nak periksa samada sumber habuk kayu nie datang dari pokok getah atau pokok lain tau bercampur2 ker..so memang betullah confirm habuk kayu nie diperolehi dari pokok getah.

Mungkin ada yang berminat bagaimana habuk kayu getah diperolehi..saya sempat merakamkan gambar2 yang diambil untuk tatapan semua..


Batang2 pokok getah dalam proses untuk dibentuk menjadi kayu-kayan dalam ukuran2 yang ditetapkan..nampak mcm saiz 2”x2”..lebih kurang mcm tu ler..


Paip pvc nie adalah paip vakum yang menyedut habuk kayu getah yang terhasil masa proses kayu-kayan nie.


Seterusnya habuk kayu getah nie dibuangkan kat luar..dan dari longgokan inilah digunakan untuk projek cendawan tiram kelabu.


Akhirnya sampai ke projek cendawan saya …tapi kena tunggu beberapa minggu sebelum boleh pakai untuk buat bongkah cendawan nanti

Sunday, August 10, 2008

Pasal Penyakit Cendawan

Baru2 nie ada dua blog membicarakan pasal penyakit cendawan iaitu posting Ayne Penyakit Misileum Ghaib - Pesanan Otai dan posting dari cendawan 915 bertajuk serangga apa ini.
MyCendawan
juga tak terkecuali mengalami masalah penyakit..tapi masalah utama yang dihadapi adalah masalah kumbang hitam (mcm bentuk dan saiz ladybird)..kehadiran kumbang hitam ini akan menyebabkan cendawan berulat..membiak dalam batang cendawan dan insang..walau pun hanya setakat kumbang kecik sahaja, ianya boleh mendatangkan masalah besar jika tidak diatasi dengan baik.


Kekadang masa dipetik tak sedar kewujudan ulat ni, kehadirannya disedari selepas packing di mana ulat2 ni akan mula muncul dan boleh dilihat pada bungkusan cendawan ini.

Ini memang tak elok dan tak sesuai dijual..atas sebab ini, bungkusan2 yang mengalami masalah ulat nie terpaksa di reject dari dijual. Ini penting supaya pelanggan tak lari..bisnis nie nak buat long term punya bisnis..bukan untung short term..


Kalau nak betul2 periksa pasal kehadiran ulat2 nie. Halakan cendawan yang disyaki ada ulat tu pada cahaya terang kat luar tu (jgn direct terus pd matahari..nanti buta mata!) atau lampu dan anda akan lihat bayangan gelap antara kontras perbezaan cahaya yang tembus tu..yang gelap tu biasanya ada ulat dalam tu..


Beberapa minggu lepas serangan agak bertambah teruk sehingga terpaksa mendapatkan nasihat otai2 cendawan yang berpengalaman..terima kasih semua. Untuk pastikan betul2 atasi masalah ini, all out punyer action terpaksa dilakukan..

Selama dua minggu, cendawan ditutup dan tidak dituai (terpaksa guna bilik kecil yang dilindungi sepenuhnya sebagai tempat tuaian sementara). Mana2 beg yang disyaki sudah tercemar termasuk terdapat pembiakan kumbang2 nie diasing dan dibuang. Kemudian dalam tempoh tu satu rumah cendawan disembur selang seli dengan dettol, Bio-Plant, EM dan juga serai wangi.


Alhamdulillah ada nampak penurunan ketara kumbang hitam nie..pengurangan drastik..pembunuhan secara manual juga dilakukan..misi cari dan bunuh juga dilakukan..maksudnya cari kumbang2 ni jika ada, kutip dan tekan sampai mati..


Pelekat serangga juga boleh diharapkan..selain kumbang hitam yang terperangkap..serangga2 lain juga terkena..


Antara cara untuk elak serangan kumbang hitam ni berlaku, bila dah tuai cendawan, dengan segeranya cuci dan tutup kembali mulut cendawan. kalau dibiar lama beberapa hari terbiar, ulat kumbang nie akan senang datang dan membiak dalam beg cendawan tu..dan seterusnya beranak pinak dalam tu.

Wednesday, August 6, 2008

Harga tong drum pun ikut harga global

Semalam beli tong2 drum untuk upgrade kapasiti pengeluaran bongkah cendawan, pelik jugak bila kali ni harga satu tong rm30 sekali dgn upah potong..baru beberapa minggu lepas masa pi kedai besi buruk nie, diberitahu harga se tong ialah rm40. So tanyer ler pada tauke dia awat kali ni boleh drop pulak dalam short time..dia kata pasal itu olimpik punyer games sudah dekat..so demand besi kurang, lepas olimpik games ni dijangkakan sector construction di China slowdown plus potential global recession..so demand kurang ler, jadi harga besi dijangkakan jatuh ler..sama jugak dgn besi buruk, sebelum nie tauke nie tolak kat satu kilang recycle besi di Selangor dgn harga rm1.70/kg, la ni jatuh ke rm1.40/kg.

Di ofis, aku pun check dgn satu company yang supply construction materials..depa kata memang betul kata tauke besi buruk tu. most probably material besi construction dijangka turun ke sekitar rm3200-3500 satu tan kalau banding sekarang rm4200-rm4500..wow ini berita baik bagi local construction company nie, harap bukan spekulasi lagi..tambah2 harga minyak pun lepas 01 Sept nie ikut harga market dan sekarang nie mula turun ke USD118 se tong..tapi yang tak best nie environment la ni nampak tak positif dgn berita recession global begitu juga dengan keadaan politik dalaman negara yang boleh beri kesan pada ekonomi negara..

Tong drum untuk kukus bongkah cendawan

Nasib baik aku beli 3 tong sekarang, dapat ler jimat rm30. Apa pun , memang naik harga tong ni. Tahun lepas masa beli di kedai yg sama harganya rm22 satu tong.


longgokan tin minuman yg telah diguna dibeli dengan harga RM5/kg. ini pun boleh buat duit


pakcik nie pula jual botol2 kaca mcm botol kicap, sos etc

Sunday, August 3, 2008

Cendawan tiram kelabu di Ekspo Hari Peladang, Nelayan & Penternak di Ayer Keroh, Melaka

Tak tau lah kebetulan atau apa ker..tapi pagi tadi ketika berada di Dataran Ayer Keroh, Melaka melawat ekspo Hari Peladang, Nelayan & Penternak tak disangka berjumpa lagi dengan pengusaha cendawan tiram kelabu. Terletak di gerai Peladang, booth cendawan tiram kelabu ini dikendalikan oleh sepasang suami isteri. Kebetulan Pn Norlizah Talib isteri pengusaha cendawan ini ada di booth ketika kami datang melawat, dapat jugak lah sembang-sembang pasal cendawan nie. Pn Norlizah memberitahu dia mengusahakan cendawan tiram kelabu di Kg Tambak Paya, Ayer Molek dengan mempunyai tiga rumah cendawan setiap satunya bersaiz 40kaki x 40kaki. Ehmm, ini memang kategori pengusaha besau nie..

Sambil bercuti sebegini dan merehatkan minda, seronok jugak dapat berjalan berjumpa pengusaha-pengusaha cendawan tiram kelabu. Di samping mendapat kenalan baru, ilmu dan pengalaman baru juga diperolehi hasil perbincangan. Ianya juga merupakan satu motivasi diri pada saya dalam memajukan bisnis ini melihatkan perkembangan positif hasil dari pertemuan ini.


Booth cendawan tiram kelabu Pn Norlizah talib..empunyer syarikat Ayu Tiram Mushroom Trading


Terima kasih kepada Ayne, Pak Syed dan Pn Norlizah atas pertemuan-pertemuan ini. Semoga bisnes kalian berkembang maju.


Ekspo ini masih berlangsung sehingga Selasa 05 Ogos 2008 ini dari pkl 10am-10pm. Kepada sesiapa yang berdekatan dan berminat sektor pertanian, inilah masanya untuk datang melawat sambil dapat maklumat-maklumat yang dicari.


Oh yer, saya nyaris kemalangan tadi ketika mengambil gambar banner di bawah nie, tetiba sebatang dahan jatuh hampir beberapa inci dari saya..terkejut katak dibuatnya..syukur Alhamdulillah..nasib baik tak kena tubuh badan ini yang besau tak seberapa ..besar jugak dahan tu..harap2 pihak majlis perbandaran tolong2 jengokkan mana2 pokok besar yang mempunyai batang/dahan reput dan potong demi untuk mengelakkan kemalangan tak diingini..


Banner ekspo Hari Peladang, Nelayan dan Penternak Peringkat Negeri Melaka..pasti ku ingat kenangan hampir terkena dahan pokok jatuh ketika mengambil gambar nie :-)


Ketika baru masuk highway area Ayer Keroh dalam perjalanan balik utara, satu kemalangan melibatkan sebuah bas penumpang dan banyak kenderaan berlaku..ianya baru berlaku ketika saya melalui kawasan tersebut dan terperangkap dengan kesesakan yang baru bermula. Sedih melihat sekujur tubuh tidak bernyawa terbaring di tengah guardrail..saya percaya faktor hujan mungkin salah satu faktor kemalangan tghari tadi..apa2 pun semoga kita berhati2 memandu di jalan raya.

Saturday, August 2, 2008

Jalan-jalan ke Projek Cendawan Pak Syed di Sg Udang, Melaka

Petang tadi saya dan isteri berjumpa dengan kenalan baru dalam dunia cendawan. Beliau lebih dikenali sebagai Pak Syed seperti yang biasa dipanggil dalam chat roomnyer di blog kepunyaan pak Syed di cendawansgudang.blogspot.com

Beliau seorang yang mesra dan ramah walaupun baru pertama kali bersua. Walaupun baru menceburi projek cendawan tiram kelabu nie, Pak Syed boleh dikatakan mempunyai pengetahuan mendalam juga. Jadi banyak juga yang diperbincangkan tentang dunia cendawan nie.

Seperti dalam gambar-gambar posting barunya yang dipostkan pada Jumaat 01 Ogos baru-baru ini, suasana projek cendawan Pak Syed memang nampak tersusun dan terjaga kebersihannya.

Saya tertarik dengan teknik pengukusan menggunakan kuasa elektrik yang digunakan oleh Pak Syed. Inilah pertama kali saya melihat pengukus/steamer menggunakan kuasa elektrik.


Pengukus elektrik yang sedang digunakan ketika kami datang melawat

Pak Syed sedang dalam projek barunya menghasilkan pengukus elektrik komersial yang boleh digunakan seperti aplikasi elektrik biasa. Menurut Pak Syed pengukus elektrik sangat ekonomik berbanding dengan kaedah konvesional biasa menggunakan tong gas mahupun kayu api. Saya melihat ini sangat berpotensi untuk digunakan. Adalah diharapkan projek baru Pak Syed ini berhasil. Secara tak langsung ianya sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada pengusaha cendawan dalam usaha menjimatkan kos penghasilan bongkah cendawan ekoran kenaikan mendadak harga barang-barang kebelakangan ini.


Satu lagi teknik yang digunakan Pak Syed bagi menyejuk dan melembapkan rumah cendawan menggunakan semburan ‘mist’ berjadual seperti yang biasa dilihat di restoran mamak

Jalan-jalan ke Projek Cendawan Ayne di Muar, Johor

Mengambil kesempatan bercuti di Melaka, semalam lepas solat jumaat, saya dan isteri berjalan ke projek cendawan otai cendawan di Bakri, Muar. Orang lebih mengenali nicknamenya yang terkenal Ayne dari namanya Faisol : )(sorry yer lupa nama penuh). Kekdg bila sembang2 dengan member2 cendawan lain, kalau disebut Faisol depa tak perasan, tapi kalau disebut Ayne baru depa tahu.

Beberapa posting terbaru dalam blog Cendawan Tiram Kelabu Ayne, saya tertarik dengan pengukus besarnya yang dibuat dari besi sepenuhnya. Memang besar bila melihat sendiri pengukus tu. Pengukus nie yang menariknya ada sekali railing beroda yang memudahkan kerja menyusun / mengeluarkan bongkah cendawan. Pengukus ini membolehkan penghasilan besar2an bongkah cendawan. Sesuai dengan pengeluaran besar-besaran bongkah cendawan Ayne yang mendapat permintaan tinggi.


Pengukus baru yang boleh memuatkan kira-kira 1400 bongkah cendawan


Saya juga tertarik Ayne mengaplikasikan teknik boiler dalam pengukusan bongkah cendawan. Ianya effisien dengan kadar kegagalan hanya 3-5% sahaja.


Pengukus sediada menggunakan teknik boiler yang boleh memuatkan 400 bongkah cendawan.


Secara relatifnya, peralatan cendawan murah di sini seperti plastic PP, set penutup bongkah cendawan berbanding di utara. Oleh sebab itu tidak menghairankan ada pengusaha cendawan dari utara yang membeli peralatan sedemikian dari Ayne. Saya juga pernah membeli darinya pada peringkat mula menceburi projek cendawan ini.