Saturday, August 2, 2008

Jalan-jalan ke Projek Cendawan Ayne di Muar, Johor

Mengambil kesempatan bercuti di Melaka, semalam lepas solat jumaat, saya dan isteri berjalan ke projek cendawan otai cendawan di Bakri, Muar. Orang lebih mengenali nicknamenya yang terkenal Ayne dari namanya Faisol : )(sorry yer lupa nama penuh). Kekdg bila sembang2 dengan member2 cendawan lain, kalau disebut Faisol depa tak perasan, tapi kalau disebut Ayne baru depa tahu.

Beberapa posting terbaru dalam blog Cendawan Tiram Kelabu Ayne, saya tertarik dengan pengukus besarnya yang dibuat dari besi sepenuhnya. Memang besar bila melihat sendiri pengukus tu. Pengukus nie yang menariknya ada sekali railing beroda yang memudahkan kerja menyusun / mengeluarkan bongkah cendawan. Pengukus ini membolehkan penghasilan besar2an bongkah cendawan. Sesuai dengan pengeluaran besar-besaran bongkah cendawan Ayne yang mendapat permintaan tinggi.


Pengukus baru yang boleh memuatkan kira-kira 1400 bongkah cendawan


Saya juga tertarik Ayne mengaplikasikan teknik boiler dalam pengukusan bongkah cendawan. Ianya effisien dengan kadar kegagalan hanya 3-5% sahaja.


Pengukus sediada menggunakan teknik boiler yang boleh memuatkan 400 bongkah cendawan.


Secara relatifnya, peralatan cendawan murah di sini seperti plastic PP, set penutup bongkah cendawan berbanding di utara. Oleh sebab itu tidak menghairankan ada pengusaha cendawan dari utara yang membeli peralatan sedemikian dari Ayne. Saya juga pernah membeli darinya pada peringkat mula menceburi projek cendawan ini.