Saturday, August 2, 2008

Jalan-jalan ke Projek Cendawan Pak Syed di Sg Udang, Melaka

Petang tadi saya dan isteri berjumpa dengan kenalan baru dalam dunia cendawan. Beliau lebih dikenali sebagai Pak Syed seperti yang biasa dipanggil dalam chat roomnyer di blog kepunyaan pak Syed di cendawansgudang.blogspot.com

Beliau seorang yang mesra dan ramah walaupun baru pertama kali bersua. Walaupun baru menceburi projek cendawan tiram kelabu nie, Pak Syed boleh dikatakan mempunyai pengetahuan mendalam juga. Jadi banyak juga yang diperbincangkan tentang dunia cendawan nie.

Seperti dalam gambar-gambar posting barunya yang dipostkan pada Jumaat 01 Ogos baru-baru ini, suasana projek cendawan Pak Syed memang nampak tersusun dan terjaga kebersihannya.

Saya tertarik dengan teknik pengukusan menggunakan kuasa elektrik yang digunakan oleh Pak Syed. Inilah pertama kali saya melihat pengukus/steamer menggunakan kuasa elektrik.


Pengukus elektrik yang sedang digunakan ketika kami datang melawat

Pak Syed sedang dalam projek barunya menghasilkan pengukus elektrik komersial yang boleh digunakan seperti aplikasi elektrik biasa. Menurut Pak Syed pengukus elektrik sangat ekonomik berbanding dengan kaedah konvesional biasa menggunakan tong gas mahupun kayu api. Saya melihat ini sangat berpotensi untuk digunakan. Adalah diharapkan projek baru Pak Syed ini berhasil. Secara tak langsung ianya sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada pengusaha cendawan dalam usaha menjimatkan kos penghasilan bongkah cendawan ekoran kenaikan mendadak harga barang-barang kebelakangan ini.


Satu lagi teknik yang digunakan Pak Syed bagi menyejuk dan melembapkan rumah cendawan menggunakan semburan ‘mist’ berjadual seperti yang biasa dilihat di restoran mamak