Thursday, January 22, 2009

Kerja seharianku & cendawan..

Ini adalah aktiviti tipikal saya setiap hari kerja..setiap pagi sebelum ke tempat kerja saya akan menghantar cendawan di sebuah pasar di Lumut.

Alhamdulillah, hampir sebahagian besar penjual sayur2 di pasar ini mengambil cendawan tiram kelabu mycendawan. Pada mulanya, tak ramai yang ambil secara tetap. Mungkin perasaan skeptikal tu masih wujud..boleh caya ker pengusaha cendawan melayu nie..tak keputusan supply ker..mungkin itu yang pasti bermain2 dalam kepala mereka nie pada mulanya..Adalah sikit mula2 tu sedikit masalah sana sini, tapi lama-kelamaan ianya berjalan dengan baik. Kalau saya tidak dapat hantar biasanya emak ayah atau adik2 saya akan hantarkan. Dan kini hampir tiga bulan, setiap hari kami membekalkan cendawan secara tetap dan juga bilangan peniaga sayur yang mengambil cendawan kami pun bertambah. Permintaan cendawan meningkat sehingga ke dua kali ganda di hujung minggu. Terima kasih kepada mereka atas kepercayaan yang diberikan.


gerai2 penjual sayur yang dibekali cendawan MyCendawan

Selepas menghantar cendawan, saya pun ke tempat kerja. Berkhidmat dengan sebuah firma perunding kejuruteraan beribupejabat di Lembah Klang, saya ditugaskan bagi memantau projek pembinaan sebuah projek tentera di sini. Tugas saya selaku resident engineer adalah memantau dan memastikan kerja yang dilakukan kontraktor memenuhi keperluan spesifikasi dan kontrak. Ini juga termasuk memastikan kos projek dan tempoh siap projek dipenuhi.

Alhamdulillah selepas beberapa masalah utama selesai, progres projek memberangsangkan kebelakangan ini, dan pihak end user pun nampak happy. Walaubagaimanapun close monitoring masih perlu dilakukan. Saya seronok bekerja bila kerja tapak berjalan lancar dan agak sibuk kebelakangan ini. Dengan kekerapan meeting dan masalah2 tapak yang perlu diberi perhatian dan penyelesaian segera supaya progres kerja tapak tidak terganggu, maka koordinasi bersama pihak client, kontraktor/sub kontraktor/supplier, akitek, qs, m&e engineer dan lain2nya sangat penting bagi memastikan kelancaran projek. Saya memang enjoy kerjaya sebegini kerana rasa kepuasan apabila kita terlibat dari mula peringkat design, construction dan akhirnya siap digunakan. Adakalanya saya akan kembali melawat projek yang pernah saya terlibat biarpun bertahun2 kemudiannya kerana terasa kepuasan apabila melihatnya dan digunakan orang ramai.



sedang melakukan taklimat tapak kepada pegawai tinggi Tentera Laut di Raja Malaysia (TLDM)

antara projek2 yang pernah saya terlibat sebelum ini:


Sg Kinta Dam project, Ipoh


Ipoh-Rawang electrified double-track project


Jambatan Permaisuri Raja Bainun, Sg Dinding, Lumut, Perak


Walaubagaimana pun minat dalam pertanian mendorong saya menceburi perusahaan cendawan secara sambilan. Potensinya memang ada, cumanya kesibukan kerja kekadang menghambat kami untuk berkembang. Jadi beberapa perancangan sedang dilakukan bagi mengembangkan perusahaan ini tanpa mengorbankan kerjaya.