Saturday, February 7, 2009

DAULAT TUANKU.. DAULAT TUANKU.. DAULAT TUANKU!



Sudah lama saya tak update blog ini kerana agak sibuk sikit kebelakangan ini. Bagaimanapun bisnes cendawan berjalan seperti biasa. Terbaru terima kasih kepada Pn Shamsiah dari Parit kerana membeli bongkah cendawan baru-baru ini.

Berkenaan dengan krisis politik semasa di Perak ini berhubung peralihan kerajaan negeri, saya pasti semua orang tahu mengenai peristiwa dan mengikuti rapat perkembangan seterusnya.

Saya kerap berulang alik dari Lumut ke rumah saya di Ipoh, akibat isu semasa ini di sepanjang perjalanan ke Ipoh terdapat tiga sekatan jalan raya iaitu di Titi Gantong, berhampiran Universiti Teknologi Petronas di Sri Iskandar dan di Batu Gajah. Manakala petang sabtu tadi ketika saya dan isteri melalui jalan berhampiran rumah Menteri Besar Perak terdapat ramai polis di situ. Begitu juga berhampiran/menghala Istana Kinta. Berikut adalah gambar2 yang sempat saya rakam semasa lalu di situ.



Suasana di rumah Menteri Besar, berbaju merah tu dipercayai anggota Unit Amal PAS berkawal di pintu masuk



Sekatan jalan menghala ke Istana Kinta, Ipoh. Sebahagian Jalan Dr Nazrin Shah ditutup.

Walaubagaimana pun, syukur Alhamdulillah kehidupan seharian penduduk pelbagai kaum di Ipoh nie berjalan dengan aman seperti biasa seolah-olah seperti tiada masalah yang berlaku. Syabas kepada pasukan keselamatan kerana berjaya mengekalkan ketenteraman awam walaupun ada sedikit kekecohan.

Harapan saya apa pun yang berlaku ini, hendaklah keamanan dan keselamatan rakyat dan negeri diutamakan. Seelok2nya hendaklah kita orang Melayu bersatu dalam mempertahankan kepentingan bersama tak kira apa jua fahaman politik. Ini penting kerana kuasa ekonomi bukan di tangan kita manakala satu-satunya kuasa yang kita ada hanyalah kuasa politik. Kuasa ini yang boleh menentukan survaviliti bangsa dan agama di tanahair sendiri pula semakin lemah akibat perpecahan politik sesama sendiri..tapi mungkinkah harapan ini terlalu idealistik. Terpulang kepada pemimpin Melayu mana-mana parti untuk memulakannya dengan hati yang ikhlas.

Yang penting janganlah kita 'diperkudakan' oleh pihak lain..menang sorak tapi kampung tergadai. Jadi fikir-fikirlah ;-)


Ampun Tuanku beribu-ribu ampun
Sembah Patik harap di ampun
Patik sebagai anak jati Perak berdiri teguh
di belakang Tuanku untuk mempertahankan
negeri Tuanku, Negeri Perak Darul Ridzuan