Monday, March 9, 2009

Awas semasa mengukus

Saya melakukan kerja mengukus bongkah cendawan dengan menggunakan dapur gas. Walaubagaimana pun, baru-baru ini hampir berlaku kemalangan tong gas ketika mengukus. Mujur ibu saya perasan. Ketika dia datang menjengok, dilihatnya api dari dapur gas sudah pun menyambar paip gas mengakibatkan paip gas juga turut terbakar. Dengan segeranya kepala gas ditutup. Alhamdulillah, nasib baik tak berlaku apa-apa.


keadaan dapur gas dan paip gas yang terbakar

Saya biasa melakukan kerja kukus pada waktu malam dan kadangkala dibiarkan begitu sahaja tanpa menjengok2 kecuali masa menutup gas 7-8 jam kemudian. Ada masanya dibiarkan sampai gas habis. Peristiwa ini membuatkan saya terpaksa mengambil langkah2 keselamatan seperti menjengok2 keadaan dapur gas pada sela masa tertentu.

Di samping itu, dapur yang uzur tidak lagi dipakai untuk proses pengukusan yang mengambil masa yang lama..disimpan untuk digunakan seperti waktu kenduri, waktu yang tidak lama seperti mengoreng dan sebagainya. Manakala sebahagian dapur pula seharusnya diselenggara seperti membuang kotoran2 tersumbat yang menyebabkan dapur tidak efisien yang akan mengeluarkan api kuning. Dapur yang baik adalah apabila apinya berwarna biru.