Sunday, March 1, 2009

Musim panas/hujan dan pengeluaran cendawan

Saya suka membuat pemerhatian tentang cendawan tiram kelabu nie. Bila balik keja, sebelum masuk rumah dulu biasanya saya pi rumah cendawan dulu jengok2 didalamnya. Bila lama2 dalam tu mcm-mcm kita perasan dan perhatikan.

Kali ini berhubung kesan musim panas/hujan dan pengeluaran cendawan. Melalui pengalaman , saya mendapati pada musim panas jika tiada kawalan lembapan dan suhu; pengeluaran cendawan benar2 terganggu. Ianya mengambil masa sehingga tempoh masa 6-7 hari untuk matang dan dipetik. Disamping itu, sebilangan bongkah didapati tidak mengeluarkan cendawan seperti yang sepatutnya.

Manakala jika dalam keadaan kawalan lembapan dan suhu yang baik dan ditambah pula dengan musim hujan, penghasilan cendawan memang boleh dicapai dalam tempoh 4-5 hari sahaja.

Ini menunjukkan begitu pentingnya kawalan keadaan persekitaran dalam rumah cendawan bagi memastikan hasil yang dijangkakan keluar dalam tempoh masa yang diingini. Ini penting agar pengeluaran kuantiti cendawan pada waktu yang ditentukan dapat dicapai.

Oleh kerana saya tiada alat hydrometer bagi memeriksa tahap kelembapan dan suhu, apa yang dilakukan adalah dengan secara manual seperti menyiram lantai dan dinding pada musim panas dan dikurangkan pada musim hujan.

Oh yer, kebelakangan ini hand phone saya ada sedikit masalah. Terdapat panggilan2 yang gagal dijawab akibat kerosakan terkena air. Walaubagaimana pun sms masih boleh diterima dan dijawab. Saya dalam proses untuk memperbaiki hp tersebut. Saya meminta maaf atas kesulitan tersebut.