Thursday, April 30, 2009

Pengalaman berada di Kanowit Sarawak




Percayakah anda sebungkus cendawan tiram kelabu di dalam gambar di atas dalam anggaran seberat 150grm berharga RM3.50/-?

Ini adalah harga termahal pernah saya jumpa. Sungguhpun harganya tinggi berbanding di Semenanjung masih ada yang sanggup membelinya. Begitulah keadaannya apabila mendapat permintaan, harga yang tinggi masih sanggup yang membelinya.

Peristiwa ini saya rakamkan ketika berada di pasar Kanowit, Sarawak baru-baru ini. Kanowit ini tidaklah besar dan boleh dikatakan sesuai dipanggil pekan. Dan pekan ini pula adalah pekan terakhir yang boleh dilalui dengan jalan darat dari Sibu. Ianya terletak di tepi sungai Rajang dan bertemu dengan sungai kanowit. Bandar terdekat selepasnya pula adalah Kapit yang memerlukan perjalanan melalui sungai rajang sekurang2nya 3 jam dari Sibu.

Majoriti populasi di daerah Kanowit sini adalah kaum Iban dan cina. Susah untuk mencari melayu. kalau adapun kebanyakannya dari Semenanjung yang bertugas di sini. Menariknya di pasar ini terdapat haiwan2 yang tak biasa kita lihat dijual di pasar2 di Semenanjung dijual di sini.


suasana pasar Kanowit


katak dijual. kata orang situ ianya sedap jika dimasak sup atau kari rempah


Biawak turut dijual


Ulat sagu sangat mudah didapati di pasar sini


Ayam hidup dijual macam tu saja..

Kedatangan saya bersama isteri dan keluarga dari Perak ke Kanowit kali ini adalah untuk meraikan majlis perkahwinan adik saya yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kanowit, Sarawak. Setelah beberapa tahun bertugas di sini, jodohnya adalah dengan orang Sarawak. Majis perkahwinan telah diadakan di Dewan Suarah di Sibu pada Jumaat 24 April 09 lepas dan turut diserikan dengan kehadiran Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Sarawak Datuk Gramong Juna. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

Menariknya perkahwinan ini turut mendapat liputan surat khabar tempatan di sana.


dari Utusan Borneo Ahad 26 April 09


dari Sin Chew Daily pada Ahad 26 April 09