Monday, May 18, 2009

Sekor lagi masuk perangkap..


akhirnya sekor lagi terjerat hari ni

Puas..memang kepuasan. Tak sampai beberapa hari letak perangkap kotak jaring besi dan baru semalam posting pasal perangkap nie, sekor lagi tupai masuk perangkap juga akhirnya.

Petang Isnin tadi sebaik sahaja balik dari kerja saya terus ke rumah cendawan dan hari ini rasa penat hilang apabila melihatkan perangkap berisi perosak cendawan. Kalau ikut hati memang nak saja rendam dalam air bunuh binatang nie, tapi hati ini nasib baik ada perikemanusiaan maka selamatlah tupai2 nie. Esok saya akan lepaskan di kawasan hutan di tempat kerja. Memang berkesan perangkap kotak jaring besi ni, selain tupai2, tikus juga turut terperangkap.

Sepandai2 tupai melompat akhirnya masuk perangkap juga akhirnya..memang boleh pakai peribahasa baru ni ;)

Sunday, May 17, 2009

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya terperangkap jua..


tupai terperangkap

lega..sekarang tinggal sekor lagi aje tupai yang masih di luar sana. kebelakangan ini boleh dikatakan hampir tiga suku bongkah yang baru disuntik telah habis dicungkil keluar oleh tupai2 nie. Benih cendawan dalam bongkah dirodok dan dimakannya dan kapas2 bersepah2 jatuh ke lantai. pemandangan yang cukup menyakitkan hati.

tupai ni berupaya juga kembali tempatnya. menurut ayah saya, tidak lama dulu pernah dilepaskan sekor tupai yang terperangkap ke pekan terdekat iaitu kira2 dalam 10km lebih kurang. malangnya tak sampai beberapa minggu tupai ini kembali ke tempatnya dan mengganggu. kali ini saya lepaskan di Lumut kira2 40km jauhnya.

dan sekarang tinggal sekor lagi yang perlu diperangkapkan. moga terperangkap jua akhirnya seperti mana pepatah melayu..


perangkap dengan berumpankan pisang