Saturday, June 27, 2009

Berkunjung ke AGROFEST PERAK 2009

AGROFEST PERAK 2009 kali ini sedang berlangsung dari 25hb hingga 28hb Jun 2009 bertempat di Ladang Infoternak, Sungai Siput, Perak. Perayaan "Agrofest Perak 2009" merupakan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan yang diadakan pada setiap tahun anjuran kerajaan negeri. Karnival "Agrofest Perak 2009" ini diadakan bertujuan untuk memartabatkan sektor asas tani di negeri ini di dalam menghasilkan produk-produk yang berpotensi untuk dikomersilkan.

Hari ini saya dan isteri berkelapangan melawat karnival ini. Kami melawat karnival ini setiap tahun pada tahun 2008 dan 2007. Ianya sangat bagus dikunjungi kerana karnival ini mendedahkan kepada orang ramai potensi bermacam-macam jenis perniagaan melalui sektor pertanian. Cumanya kali ini agak kurang sikit penyertaan dari agensi kerajaan kerana booth2 mereka rosak dilanda hujan ribut awal pagi Jumaat lalu. Ini memaksa mana-mana yang terlibat membatalkan penyertaan.

Walaubagaimana pun kunjungan kali ini agak janggal sedikit apabila kali ini tiada pula pameran atau penyertaan yang berkaitan cendawan seperti lazimnya pada tahun-tahun sebelum ini. Manakala seperti biasa yang berkaitan fertigasi, cacing, lintah dan sebagainya ada dan menjadi tumpuan di karnival ini.

Esok Ahad adalah hari terakhir, jadi masa ada masa lagi untuk berkunjung membawa keluarga di hujung minggu. Pasal makan jangan risau, terdapat banyak gerai2 makan yang sedia menanti.


suasana di karnival Agrofest Perak


pameran jabatan kerajaan tentang fertigasi


penyertaan dari syarikat swasta tentang fertigasi


penyertaan dari syarikat swasta tentang cacing


di gerai ini saya berjumpa pencegah serangga berasaskan serai wangi. untuk dipakai di rumah cendawan saya. ianya hanya perlu digores sahaja.tak perlu spray.


karnival kali ini baru ada kelapa matag.dah lama orang tua saya suruh cari kelapa jenis ini.. akhirnya berjumpa di sini.



sebelum balik, pekena mee banjir udang mak teh dari kuala sepetang.