Monday, June 22, 2009

Penyakit kulat hijau datang menyerang..

Salam para pengunjung2 blog ini, semoga sihat dan ceria selalu. Agak lama saya tidak mengemaskinikan blog ini.

Walaupun sudah dua tahun saya mengusahakan cendawan ada masanya datang penyakit2 cendawan yang baru dan saya tiada pengetahuan tentangnya. Sebagai contoh kebelakangan ini, sebilangan bongkah cendawan saya mengalami serangan kulat hijau. Peliknya ia tidak datang dari mulut bongkah cendawan sebagaimana yang lazimnya ia datang menyerang.

Serangan kulat hijau ini saya dapati muncul dari pertengahan bongkah ataupun dari belakang bongkah. Pemeriksaan yang saya lakukan menunjukkan tiada lubang2 kebocoran di bongkah2 berkenaan yang boleh mengakibatkan agen pencemar luar masuk kecuali melalui mulut bongkah sahaja. Di samping itu saya juga telah mengambil langkah2 yang perlu semasa proses mencuci mulut bongkah setelah selesai proses tuaian. Saya dapati serangan jenis ini selalu berlaku pada hasil tuaian kali ke tiga ke atas.

serangan kulat hijau yang tiba2 muncul di tengah bongkah cendawan

satu lagi serangan yang sama pada bongkah lain

satu lagi serangan yang datang dari arah belakang seperti ditunjukkan anak panah hitam


Serangan kulat hijau ini membimbangkan saya kerana apabila disebut kulat hijau, ianya cepat merebak. kalau melalui mulut senang dikenalpasti dan diasingkan. walaubagaimana pun jika datang dari pertengahan atau belakang bongkah, ianya susah nak kesan pada peringkat awal. saya tak pasti apa puncanya.

Jadi kalau rakan2 yang tahu apa punca ini, sudi2lah berikan pandangan dan apa yang perlu dilakukan. saya amat2 menghargai..