Saturday, March 27, 2010

Cerita terbaru

Sudah lama saya tidak mengemaskini blog cendawan. Berbulan-bulan jugak lah tak update. Ini kerana kebetulan projek pembinaan yang saya terlibat pada ketika itu hampir siap maka saya agak begitu sibuk dan perhatian terpaksa difokus kepada projek tersebut. Sementelah pula rakan kongsi juga bertukar ke Kuala Lumpur, maka agak susah mengusahakan seorang diri.

Utk tempoh beberapa bulan lalu, keputusan drastik terpaksa diambil. Buat sementara, kami terpaksa berhenti mengusaha secara komersil, pengeluaran yang ada hanyalah untuk jualan kampung sahaja itu pun kerana masih ada baki bongkah2 yang masih produktif.

Perusahaan cendawan ini menuntut komitmen yang serius terutama dalam memastikan penjagaan yang baik sepanjang masa. Ini penting supaya hasil yang menguntungkan dapat diperolehi. Ini yang tidak dapat saya tumpukan akibat tuntutan terhadap pekerjaan sediada.

Coretan kali ini adalah sekadar mengemaskini blog ini kerana ada rakan-rakan cendawan bertanya perkembangan mycendawan. Di sebalik itu, saya juga amat bersyukur kerana projek kompleks tentera yang saya terlibat ini selaku resident engineer sudah pun siap tanpa banyak halangan dan terbaru CPC telah berjaya diperolehi. CPC ini ringkasan kepada certificate of practical completion..dan kompleks tersebut telah pun diserahkan kepada pihak pengguna.

Kepuasan amat terasa kerana saya terlibat dari mula hingga akhir projek. Apabila siap, ianya seumpama melihat bayi yang baru dilahirkan he he. Sepanjang berkhidmat untuk projek ini bukan setakat penyeliaan tapak dan operasi kerja harian perlu dilakukan, saya bersama pihak kontraktor juga terpaksa menghadapi dan bersedia dengan pelbagai lawatan pegawai-pegawai kanan Kementerian Pertahanan sehinggalah kepada pegawai-pegawai kanan tentera laut termasuk lawatan Panglima Laksamana Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) .. Alhamdulillah siap akhirnya.


Ketika kerja pilecap hampir tiga tahun lepas


Struktur utama bangunan dlm pembinaan seumpama tulang bagi manusia


Kerja akitek seperti kerja bata, plaster, jubin, perabot dsbg dan sistem mekanikal/elektrikal seperti sistem elektrik,lift, pa system, firefighting dsbg juga terlibat..bangunan mula nampak bentuknya


Akhirnya siaplah sebuah bangunan beserta kemudahan infra lain seperti jalan, air dan sebagainya