Saturday, June 19, 2010

Akhirnya bisnes diteruskan seperti biasa

Seperti dimaklumkan dalam posting lalu saya hampir mengambil keputusan untuk menutup buat sementara waktu bisnis cendawan. Keputusan untuk menutup sementara perusahaan ini adalah memandangkan kesibukan kerja ketika itu di mana ini telah menyebabkan tumpuan tidak dapat dilakukan seratus peratus terhadap perusahaan ini.


Namun begitu kali ini ibubapa saya berminat dan menyatakan kesediaan untuk meneruskan perusahaan ini. Mulanya agak risau juga kerana khuatir ini akan membebankan mereka tapi nampak mereka bersemangat untuk mengusahakan sendiri disamping sokongan adik-beradik lain yang tinggal bersama. Sungguh pun begitu saya turut memantau dan membantu mana yang boleh supaya segalanya berjalan lancar.


Tambahan pula pada ketika bisnis cendawan kami hampir-hampir ditutup buat sementara waktu, datang pula bantuan yang tidak disangka dari pihak Jabatan Pertanian. Bantuan ini amat bermakna kerana pihak kami juga turut mendapat bantuan sokongan material dan pasaran dari Jabatan Pertanian. Terima kasih diucapkan khususnya kepada Jabatan Pertanian Manjung. Syukur kepadaNya.


rumah cendawan kembali penuh dengan bongkah-bongkah baru


peti ais kembali berisi bungkusan cendawan yang sedia untuk dijual.